Saturday, August 3, 2013

Kisah Ramadhan ku..

Assalamualaikum semua...


Setelah hampir sebulan...kita hampir menyambut Hari Raya Aidilfitri..Alhamdullilah..fizul dpt puasa penuh jgk..ehehe...tapi..sepanjang bulan ramadhan ni..bnyk perkara berlaku....Lagi-lagi masa fizul dekat asrama..boleh dikatakan...mencabar iman jugak lah..bukan setakat kes mercun..makan depan mata pun ada...huh..memang lah berbunyi je perut..pulak tu..kdg-kdg...kwn tak kejut sahur,,,memang lah sakit hati...pulak tu..sepanjang bulan puasa...hubungan fizul dgn zah memang tercabar..fizul asyik moody je dgn zah...x tau lah kenapa...lagipun..fizul asyik mimpi..zah akan menduakan fizul..tak tahu lah mimpi tu betul ke tak..tapi sejak tu..hati fizul memang tak sedap..asyik tak tenang je..belajar pun..kdg2 terfikir jgk..hmm,...maybe bulan ni..kita asyik lapar..tu jadi mcm ni kan? Tapi..apa2 pun..fizul masih lagi sayangkan dia,,..hmm..baiklah..sampai disini saja...kita sambung lepas raya...BTW,tengok bawah ni...life is beautiful..and it did..life is beautiful..

Tuesday, May 14, 2013

Kisah Rakan ku..

Assalamualaikum semua...
Cerita dibawah ini diambil dari semua blog..
enjoy..and diharap kisah ini dapat menjadi tauladan untuk kalian semua,.,







Aku.. cuba untuk menjadi yang terbaik pada setiap insan yang datang menyerikan hidup ini..

Aku.. sering mengalah dalam apa jua keadaan.. hanya kerana seorang insan yang bergelar kekasih..
Kali pertama aku mengenal erti cinta, segalanya ku korbankan.. masa, tenaga, wang ringgit.. hanya untuk dia hinggakan keluarga tak ku utamakan.. Betapa bodohnya aku.. Namun, Tuhan balas perbuatan itu.. Kini, dia bahagia bersama isteri tercinta dan aku bahagia bersama ibu ayah dan adik-adikku.. Walaupun aku kehilangan orang yang tersayang kerana dia..

Selangkah demi selangkah aku cuba melupakan cinta.. Padaku cinta itu fantasi semata-mata.. Cinta itu tipu !
Sesuatu yang buta dan bisa membutakan.. Lama aku tinggalkan alam yang diimpikan oleh remaja seusia ku.. Ya, memang aku cemburu.. cemburu melihat rakan-rakan lain di sayangi dicintai.. Namun, aku akur.. hatiku x mudah lagi menerima cinta baru dan aku tahu andai ada lelaki yang mahukan aku, aku hanya terima di mulut tetapi tidak di hati.. Kerana itulah aku sering mempermainkan hati lelaki.. hari ni kata mahu esok kata tak mahu.. Aku mohon maaf.. Sudah aku katakan, jangan ada paksaan dalam bercinta.. Biarpun bukan 1,2,3,4 malahan lebih dari 7 orang lelaki yang telah aku lukai hatinya.. Betapa kejamnya aku.. hanya kerana dendam pada cinta pertama.. tapi bukan niat aku untuk mempermainkan hati-hati itu. Aku buntu.. Walaupun aku mengatakan YA di saat kau menginginkan perhubungan yang istimewa, tapi hakikatnya hati aku kosong. Pintu hati ini langsung tak terbuka walau seinci pun. Teruknya aku. Tapi, aku mohon dilepaskan dengan cara yang baik.. Setakat ini, cuma 2,3 orang sahaja yang masih tidak dapat menerima aku mempermainkan hati mereka.. Apakan daya ku.. aku hanya insan biasa.. bodoh, buta dalam menilai hati dan keikhlasan seorang lelaki..

Setelah aku tinggalkan zaman kepura-puraan itu, aku kembali bersendiri.. cuba untuk menerima seorang lelaki.. seperti biasa, pada awalnya aku mengatakan YA pada permintaannya.. namun, hanya sementara.. kerana aku masih belum mampu menyayanginya sepenuh hati.. Alhamdulillah dia redha dan kini dia sudi untuk menerima aku sebagai adiknya.. Terima kasih abang.. Abang yang memahami..

Selepas dia, entah apa lagi Tuhan ingin uji diri ini.. Sekali lagi aku diduga. Di duga dengan kehadiran 8 orang lelaki yang meluahkan isi hati dan perasaan terhadapku. Sungguh bukan aku ingin membangga diri menjadi perhatian ramai, tapi aku tahu.. Tuhan sedang menduga ku. Kalau orang lain mungkin bangga bila digilai oleh ramai lelaki.. tapi, aku takut. aku takut aku sekali lagi menjadi seorang perempuan jahat yang hanya tahu mempergunakan lelaki dan mempermainkan hati dan perasaan mereka ! Aku tak tahu apa harus aku lakukan. Aku buntu. Lepas sorang, sorang datang menyatakan hasrat untuk menjadikan aku teman wanita. Aku tidak lagi mengatakan YA pada kali ini, Jawapan ku hanya lah berikan aku masa. Aku berfikir lama... Ada ketikanya aku rasakan ingin kembali jahat. Ahh, terima je semua.. Tapi aku fikirkan akibatnya. Sekali lagi aku buat, Tuhan akan balas. Aku terfikir sejenak. Aku katakan pada diriku. TIDAK. aku takkan mengulanginya. Dalam waktu itu, aku jadi x tentu hala. Bayangkan aku terpaksa bersms, angkat call dalam sehari dengan 8 orang yang sedang dalam pemerhatian aku. Untuk aku pilih menjadi penghuni dalam hati ini. Sekali lagi aku katakan bukan tujuan aku untuk berlagak sombong bukan tujuan aku untuk mendabik dada untuk bangga tapi inilah realiti. Bukan kerana paras rupa, bukan kerana aku kaya harta tapi mungkin kerana aku terlalu peramah, friendly dan happy go lucky membuatkan mereka senang dgn aku.. Maaf, bukan niat ku untuk menunjuk-nunjuk tapi realitinya itulah aku..

Hampir 2 minggu hidup aku kecelaruan, kebingungan dan kebuntuan, tiba-tiba entah siapa, dalam kekusutan itu, datang seorang hamba Allah yang tiba-tiba mengIM aku di fb dan cerita masalah dia dgn seseorang yang aku kenal. Aku pun terus berchatting dengan dia sehingga aku lupa pada masalah yang sedang aku hadapi.. Sejak aku kenali dia, terus aku padamkan masalah yang melanda hidup aku waktu tu. Dan yang paling menarik terus aku berika jawapan pada mereka. MAAF, SAYA SUDAH BERPUNYA. entah dari mana datangnya kekuatan untuk mengatakan sebegitu pada mereka yang sedang menanti jawapanku.. mujur mereka akur dan faham dan masih lagi berkawan dgn aku dan ada juga yang mengatakan pada aku dia ada bila-bila sahaja untuk aku menerima dia sekiranya aku sudah tiada yang punya.. pada aku, mana-mana lelaki pun akan mengatakan ayat yang sama.. akan terus tunggu dan menunggu.. tapi dalam masa yang sama mencari juga yang lain. itulah manusia dan itulah lelaki.. biasa janji hanya akan tinggal janji..pada aku, kalau ada jodoh tak kemana.. nak tunggu itu suka hati, kalau takda harpan jangan kecewa itu saja.. sebabnya kita yang pilih nak jalan macam tu so kena hadap la kan. Macam aku jugak.. aku yang pilih jalan untuk terima orang yang bukan dalam pemerhatian aku, orang baru dalam hidup aku.. jadi, apapun yang terjadi, aku yang kena kuat untuk lalui jalan tu sebab aku yang pilih dan atas pilihan hati aku sendiri tanpa paksaan dari sapa-sapa pun..

Bermulah dari saat ini, aku kena berhadapan dengan pelbagai masalah dan dugaan yang tak pernah sekalipun pergi dari hidup aku dan seolah-olah masalah dan dugaan itu sentiasa berkejaran untuk mendapatkan aku..Biarlah.. aku pasrah dengan ketentuan Illahi dan aku masih punya Allah Yang Satu untuk aku mendamba kasih sayang dan mengadu.. Aku insan hina, aku insan lemah walaupun kadang-kadang aku lupa akan adanya Tuhan sentiasa bersama hambaNya namun Alhamdulilah dgn masalah dan dugaan ini aku sentiasa ingat dan dekat denganNya...

Aku punya keluarga.. aku punya ibu bapa.. aku puny adik-adik.. aku punya rakan.. aku punya teman dan aku punya kekasih.. Tetapi, aku teruji.. dengan ujian yang aku lemah lutut dan kaki bila mengenangkannya.

Tahu apa ujian yang aku lalui ? aku kesepian, aku kesunyiaan dan aku keseorangan.. yang aku ada cuma Tuhan.. Di kala aku keresahan, di kala aku kekusutan, aku ingat Dia dan dia datangkan aku ketenangan.. satu-satu keajaiban yang berlaku malam tadi, di saat aku merasakan diri aku sedang gila.. di saat aku fikirkan aku ingin mati, aku usap perlahan dadaku dan aku beristighfar.. dalam esakan dan tangisan aku beristighfar untuk dapatkan ketenangan.. MasyaAllah hebatnya Tuhan punya kuasa tiba-tiba aku rasa kepala ku diusap dan seolah-olah ada suara yang menenangkan aku.. dan tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.. Aku lihat jam sudah menunjukkan jam 3pagi.. seingat aku waktu aku bermonolog sendirian bersama suara itu jam baru sahaja menunjukkan pukul 12tgh malam.. Tuhan Maha Kaya.. lama aku bersama suara itu menyejukkan hati ku... Terima kasih Ya Allah, Shukran. Alhamdulillah...

Hujan rahmat yang turun membawa kepada ku satu ketenangan yang sangat indah.. Pagi tadi aku cermin wajah aku dan aku nampak ketenangan dlm mata ku.. aku senyum sendiri :)

Langkah penuh keyakinan masuk ke tempat kerja membuatkan aku kuat untuk teruskan kehidupan..
Namun... ketenangan itu sementara !! Tatkala aku di depan pc.. Tangan ku jemariku tergerak untuk melakukan seseuatu.. Ya ! Menceroboh masuk ke tempat yang dikatakan hak privasi individu adalah satu kesalahan. Dan aku telah melakukannya. Tapi aku yakin.. Tuhan bawakan aku ke tempat itu untuk menunjukkan pada aku sesuatu.. Tak mungkin dengan tiba-tiba, secara mudahnya dan sebelum ini aku tak terlintas nak melakukan tiba-tiba hari ni aku mencuba,, hasilnya.. Sesuatu yang disorokkan dari pengetahuan ku oleh seorang insan yang aku sayangi dan cintai..Aku tau perkara itu salah tetapi sekurang-kurangnya aku akan lebih berhati-hati lagi agar aku tidak mudah ditindas... Harapanku.. aku hanya menunggu untuk dia bersikap jujur.. sekiranya dia membaca artikel ini.. ketahuilah sayang.. aku lakukan ini untuk masa depan kau dan aku.. Aku amat memahami naluri muda mu.. dan kerana itu lah aku memendam segala rasa dan kini aku hanya berserah seandainya ada jodoh kita, aku harap kau berubah namun andai ini bukan jodoh kita aku pasrah...

" Ya Allah, tunjukkan aku jalan kebenaran.. Izinkan diri yang hina ini untuk terus memanjatkan doa memohon pertolongan Mu.. " aamiin..

Surat buat pemilik tulang rusuk kiriku..

Untuk Siti Zahirah Bt.Suradi...



ke hadapan pemilik tulang rusuk kiriku,
ku utuskan surat ini kerana ku ingin kau tahu, aku tidak mendambakan seorang wanita yang terlalu sempurna,
kerana aku tahu mencari yang terlalu sempurna akan membuatkan ku merana. aku cuma memerlukan seorang wanita biasa yang tenang di pandanganku, tidak perlu cantik di pandangan orang. aku bukanlah MUHAMMAD yang terlalu sempurna, aku juga bukan YUSOF yang mempunyai rupa yang menarik, aku juga bukanlah LUQMAN AL-HAKIM yang baik budi pekertinya, tetapi aku cumalah LELAKI BIASA akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.  

ingatlah pemilik tulang rusuk kiriku,
sebelum kita melayarkan bahtera rumah tangga, aku mahu mengujimu dengan beberapa ujian agar kau dapat menjadi srikandiku nanti. agar aku tidak salah memilih, bunga yang bakal aku sunting suatu hari nanti. aku ingin sekali berhubung rapat dengan keluargamu, terutama dengan kedua orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu. namun, setelah aku mendapat peluang itu, akan ku uji keluargamu. kerana aku ingin sekali mahu mengetahui, adakah satu hari nanti andai aku membuat kesilapan, adakah mereka terus membuangku atau akan berada disebelahku untuk menasihatiku. andai mereka masih menerimaku, pilihanku adalah tepat.

kau juga akan ku uji dengan pelbagai cabaran, dan ku harap kau tega menerimanya dengan hati yang terbuka. akan ku tekan mu dengan tekanan yang melampau, agar kau tahu mengawal emosimu. kerana jika tekanan yang ku berikan tidak mampu kau hadapi, bagaimana kau mahu menghadapi tekanan untuk memperjuangkan agama mu, ISLAM yang suci? hidup ini tanpa tekanan dan ujian, kau tidak akan tahu sejauh mana kebolehanmu. ALLAH memberi kita ujian kerana Dia sayangkan kita. dan Dia ingin lihat bagaimana kita menghadapi ujian tersebut dan ALLAH mahu kita sentiasa mengingatinya. adakah kita akan terus melupakanNya atau mendekatiNya?


kau juga akan ku bawa ke dalam imaginasi cinta, berkhayal di dunia nyata. akan ku buaikan perasaanmu dengan kasih sayang, cinta dan rindu. ku semaikan bibit-bibit yang boleh membuatmu khayal dari dunia nyata..tapi ingatlah!! bukan niat dihati ingin merosakkanmu, tetapi aku ingin melihat sejauh mana imanmu tergugat, dan sejauh mana kau boleh mengingatkanku tentang dosa-dosa seperti itu atau kau hanya membiarkan kita sama-sama hanyut dengan perasaan dan dunia yang kita cipta sendiri.
ku titipkan bait kata ini khas buatmu,

    Wahai Wanita Solehah
    Jangan risau akan jodohmu
    Kerana Muslimin yang bijaksana itu
    Tidak akan terpaut pada wanita
    Hanya kepada kecantikan , lirikan senyuman,
    Pada bicara manja yang menggoda
    Atau pada pujuk rayu seorang wanita
    Yang meruntuhkan imannya.


    Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita
    Andai belum sampai jodohmu
    Anggaplah bahawa lelaki yang engkau nantikan itu
    Sedang membina sahsiah kepimpinan
    Bagi memimpin dirimu
    Kerana pada wanita itu
    Pasti ada kekurangan dan
    Lelaki yang benar-benar layak
    Pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu…

srikandiku,
aku tidak peduli akan celaan orang, andai suatu hari nanti pilihanku itu membaluti tubuhnya dengan jubah dari melihat dirinya menjadi tatapan mata keranjang lelaki durjana. aku rela jika orang mengata kau mempunyai fashion yang tak up to date dari kau membungkusi dirimu sekadar syarat. ketahuilah engkau aku bukanlah Muhammad yang begitu sempurna dalam menjaga, pun bukanlah seprti Luqman Al-Hakim yang baik budi pekertinya, apatah lagi seperti Yusof yang mempunyai paras rupa menarik yang boleh membuat wanita menjadi gila, dan aku juga tidak mempunyai harta yang melimpah ruah seperti Abdul Rahman bin Auf tetapi aku cuma INSAN hina yang tidak sempurna dalam usaha menjadi muslimin sejati yang diberkatiNya. dan aku berharap pilihanku ini pada akan setia bersamaku memperjuangkan agama Islam dan menjadi pendampingku hingga ke syurga sebagai bidadariku..insya-ALLAH..



                                                                                                                                  Yang Benar
                                                                                                                             Hamba Allah...

Monday, March 25, 2013

Belajarlah redha dan Bersyukur

Assalamualaikum semua...

Disini fizul nak bagi tau...kita sebagai Hamba Allah...kene banyak redha dan bersyukur..kerana sesunguhnya...kita sebagai manusia ni..hanya insan yang kerdil..mengharap kan bantuan dari Allah S.W.T..
Kita juga kene menerima apa yang telah ditakdirkan untuk kita..kerana apa yang telah ditakdirkan oleh Allah itu...itulah yang terbaik buat kita...beringatlah..bahawa kita ini hanya insan yang kerdil...

Moga gambar dan nasihat dibawah ini dapat memberi ikhtibar dan semangat...insyallah..

Sekian..

Terima kasih..









belajar REDHA dan BERSYUKUR .
moga Allah lapangkan hati kita ,
apa jua yang bakal diterima ,
adalah yang terbaik buat kita . :')


DOA , DOA , DOA .. dan optimis akan janji-Nya ..! 

Bertemu dan Bersatu

Assalamualaikum,...

Para pembaca,Para pelawat blog..dibawah ini..diharap dapat menjadi ikhtibar,semangat untuk terus bersama dengan Si dia..dan fizul hendak beritahu something...

"Jikalau dia benar mencintaimu,menyayangi mu dengan ikhlas..insyallah..dengan Kuasa Allah Taala..kalian akan bersama,walau apa jua rintangan yang kalian hadapi...jikalau kalian rasa ragu-ragu..bersujud lah pada yang MAHA ESA...minta petunjuk dari Allah...kerana apa?Kerana. hanya ALLAH yang tau..apa yang TERBAIK buat kita SEMUA..."

Diharap...petikan dibawah ini..dapat memberi kalian sedikit-sebanyak ilmu...

Sekian..

Terima kasih...








Biar hati yang satu itu retak menjadi dua untuk seketika,
kerana apabila sudah sampai jodohmu,
DUA HATI akan kembali BERTEMU dan BERSATU.


JARAK antara awak dan dia, bukan untuk memisahkan.
Terpisah hanya sementara untuk pengakhiran yang BAHAGIA.


Allah jarakkan awak dan dia untuk memberi peluang masing-masing memperbaiki diri menjadi baik dan juga untuk mengurangkan dosa. Fikir yang baik-baik saja. Bila fikir ke arah negatif, pasti hidup tak kan tenang. 

Percayalah, setiap apa yang Allah rancangkan, pasti ada hikmah di sebaliknya. 

JODOH ITU RAHSIA ILAHI.

yakinlah dengan ketentuan Ilahi 

SESUNGGUHNYA JANJI ALLAH ITU PASTI.

Ibu,maafkan ariff...


Assalamualaikum..moga puitis ini dapat menginsafkan kita semua..dan kepada ibu..maafkan Ariff ibu...sebab tak bagi tahu tentang ariff dengan zah..maafkan ariff....





Ibu,
Saat kau tahu bahawa kau mengandungkan aku,
Kau amat gembira dan bahagia sekali,
Wajahmu sentiasa ceria,
Bagai hendak kau hebohkan pada dunia bahawa kau akan menjadi ibu kepada aku,
Syukur yang teramat pada Ilahi atas nikmat padamu itu.
Ibu,
Sepanjang mengandungkan aku,
Kau sabar menanggung sakit yang tidak tergambar pedihnya,
Kau tabah,
Kau tersenyum juga walau hakikatnya kau derita,
Kadang-kadang kau titiskan jua air mata kesakitan yang kau rasai,
Namun cepat-cepat kau kesat mutiara yang menitis itu,
Kerana kau tidak mahu aku rasa bersalah padamu.
Ibu,
Tiba saat yang amat kau tungu-tunggu,
Saat melahirkan insan teristimewa dalam hidupmu,
Aku lihat kau hampir meragut nyawamu sendiri,
Demi melahirkan seorang bayi yang kau kandungkan.
Namun,
Kau ukirkan senyuman penuh kesyukuran apabila aku lahir dengan selamat ke dunia ini,
Terus hilang sakitmu sebentar tadi,
Terus kau lupakan segala penderitaan yang kau rasai selama aku di dalam kandunganmu,
Lantas kau menciumku hingga menitis lagi air matamu,
Aku amat mengerti makna air mata itu,
Air mata kesyukuran,
Syukur tidak terhingga.
Ibu,
Saat aku masih kanak-kanak,
Kau amat gembira melihatku,
Semakin hari semakin membesar dengan sihat,
Kau tidak pernah mengasari aku,
Kau tidak pernah menunjukkan keletihan di wajahmu,
Walau setelah kau penat seharian bekerja,
Kau lakukannya demi untuk menyaraku,
Malah, kau sempat lagi bermain bersamaku,
Kau hiburkan aku,
Aku tahu saat itu kau benar-benar keletihan.
Ibu,
Bila aku mula meningkat remaja,
Kau mula bimbang akan aku,
Kerana aku semakin mengasarimu,
Aku selalu memperlekehkan setiap apa yang kau cadangkan,
Terutama dalam memilih sesuatu pilihan,
Aku katakan padamu bahawa aku sudah matang,
Aku cukup matang untuk memilih jalan hidupku,
Aku juga tidak mahu dikongkong oleh dirimu lagi,
Biarlah hidup ini aku jalani sendiri,
Usahlah ibu fikirkan apa yang terbaik untuk anakmu ini,
Aku sudah dewasa untuk menentukan hala tuju hidupku sendiri,
Tanpa perlu bantuan kau di sisiku lagi.
Ibu,
Saat itu aku kerap melihat kau menangis,
Namun,
Aku hanya mampu melihatnya,
Aku tidak kuat untuk memujukmu,
Aku biarkan saja kau dengan tangismu,
Walauku tahu tangismu itu kerana sikapku,
Sikapku yang lupa diri serta egois.
Ibu,
Kini aku sedar akan segalanya,
Aku insaf atas segala dosa yang aku lakukan padamu,
Berapa kali hatimu aku calari dengan kata-kata kesatku?
Berapa kali air matamu mengalir kerana berkecil hati dengan kekasaranku padamu?
Namun,
Tidak pernah sekalipun aku meminta ampun padamu ibu,
Mengapa aku begitu ego padamu?
Sedangkan kaulah insan yang amat bermakna dalam hidupku.
Ibu,
Maafkan anakmu yang derhaka ini,
Maafkan seiklas hatimu ibu,
Agar aku dapat hidup dalam redha Ilahi,
Agar aku juga mendapat keampunan-Nya.
Ibu,
Halalkanlah makan minumku,
Walau setitis air susu pun moga kau halalkan,
Dan walau setitis keringat yang mengalir deras sepanjang mendidikku,
Kerana aku tidak mampu membayarnya walau dengan selautan kekayaan.
Ibu,
Ampunkan aku,
Moga kau mendapat keredaan-Nya di sana nanti,
Ku doakan moga kau mendapat nikmat syurga-Nya,
Bersama orang-orang yang beriman.

Kawin muda......

Assalamualaikum semua...ini fizul copy dari Zahirah..harap pembaca mendapat sedikit pengetahuan dari pada Post ini..


Cara-Cara Meyakinkan Ibu bapa Kalau Nak Kahwin Muda | Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kahwin muda itu adalah sesuatu perkara yang amat baik. Sebenarnya memang terdapat lebih banyak kebaikkan berbanding keburukkan jika kita berkahwin di usia lebih muda. Usia muda dalam hal ini merujuk kepada umur diantara 20-24 tahun.
Rujuk artikel: Jangan Takut Kahwin Muda
Akan tetapi kita sering mendengar pendapat sesetangah orang yang mengatakan kalau yang nak kahwin-kahwin muda tu, tandanya memang dah ‘gatal’ sangat lah tu. Oh! Betapa negatifnya pemikiran seperti itu. Dalam Islam sendiri telah mengatakan perkahwinan itu merupakan suatu ibadah yang amat dituntut oleh agama.
Usah risau, Allah pasti akan menjanjikan rezeki kepada hamba-hambaNya yang melaksanakan perintah dengan penuh ikhlas. Kalau berkahwin muda ni, boleh hindarkan diri dari maksiat dan melakukan dosa-dosa.
Cara-Cara Meyakinkan Ibu Bapa Kalau Nak Kahwin Muda
Tujuan utama penulis ialah ingin kongsikan artikel pada minggu ini berkenaan bagaimanakah atau apakah cara-cara yang boleh anda cuba amalkan untuk meyakinkan ibubapa anda dan dalam masa yang sama ibubapa pasangan anda juga jika anda berhajat ingin kahwin muda.
Dalam artikel Jangan Takut Kahwin Muda ramai menyatakan masalah ibu bapa tidak memberi izin untuk berkahwin di usia muda.
Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti:
Anda perlulah memilikki akhlak dan sasiah rupa diri yang baik dan elok. Bukan hanya di buat-buat atau berlakon.
Tunjukkan rasa hormat anda kepada ibubapa anda dan ibubapa pasangan anda.
Pamerkan sifat anda yang matang terutama ketika berbicara. Berani untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri yang baik demi kepentingan bersama. Bukan hanya memikirkan diri anda seorang sahaja.
Sangat-sangat penting untuk anda menjaga amal ibadah anda. Pastikan solat cukup, rajin membaca Al-Quran dan berperlakuan tenang dalam apa juga situasi.
Matlamat anda ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi dengan Allah SWT.
Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi. Jika anda masih belajar, anda boleh mulakan berniaga kecil-kecilan.
Ataupun anda boleh bekerja secara part-time beberapa jam sehari atau di hujung minggu. Tapi pastikan ianya tidak menganggu prestasi pelajaran anda!
Jika anda berdua masih belajar, pastikan anda letakkan pelajaran di tangga Nombor 1. Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa anda. Setelah anda tamat belajar, barulah anda letakkkan rumahtangga anda di Nombor 1. InsyaAllah, jika pasangan anda seorang yang benar-benar memahami anda, pasti tiada masalah. Sama-samalah berusaha dan tahu tenggungjawab masing-masing.
Tanggungjawab sebagai suami-isteri perlu juga untuk anda tidak abaikan. Taat kepada suami dan berilah nafkah secukupnya kepada isteri anda.
Nyatakan secara spesifik kepada ibubapa anda dari mana sumber kewangan anda untuk menampung kos sara-hidup ketika anda sudah berkahwin kelak.
Bawalah pasangan anda ke rumah anda untuk makan malam bersama dan kenalkanlah dia kepada mereka.
Akhir sekali berbincang lah dengan lemah-lembut dengan ibubapa anda untuk menyatakan perancangan anda untuk berkahwin. Jangan sesekali anda nyatakan dalam nada yang mendesak. Berurusan dengan orang yang lebih tua ni perlulah secara lemah-lembut dan perlahan-lahan. Mereka amat mudah terasa dan sensitif.